Fahmi Reza

is creating daily political graphics on Malaysian politics

Select a membership level

Geng Penghasut

reward item
reward item
$1
per month
Politik Malaysia penuh dengan drama dan politikus bangsat bermacam ragam. Hanya untuk $1 (≈RM4) sebulan, korang akan support aku untuk terus hasilkan poster politikal dan grafik satira tentang isu-isu politik tempatan yang dikongsi percuma setiap hari di media sosial. Korang akan dapat free smartphone wallpaper design seminggu sekali secara percuma. Selain itu korang juga akan dapat akses ekslusif pada content yang hanya akan dikongsi di sini!
  • Early access: Korang yang pertama dapat tengok poster terbaru aku setiap hari sebelum dikongsi di social media
  • Exclusive content: Korang akan dapat akses pada artwork dan content ekslusif yang tak dikongsi kepada umum di social media
  • Free wallpaper every week: Korang boleh download free smartphone wallpaper design yang baru setiap minggu
  • Exclusive patron-only merch: Korang boleh beli limited edition t-shirt yang aku akan design dan keluarkan setiap bulan khas untuk patrons sahaja
  • Vote on polls: Korang boleh vote untuk tentukan isu yang akan aku jadikan poster
  • Weekly livestream: Korang boleh ikut serta dalam video livestream chat sessions yang aku buat melalui Zoom seminggu sekali ekslusif untuk patron
  • Live chat: Korang boleh chat dengan aku dekat Discord setiap hari

711

patrons

About Fahmi Reza

Hello geng!

Nama aku Fahmi Reza. Aku seorang pereka grafik dari KL yang banyak hasilkan poster-poster grafik tentang isu-isu politik di Malaysia sejak tahun 2001.

Selama 20 tahun aku dah design beratus-ratus poster grafik tentang pelbagai isu sosial dan politik tempatan, dan hasilkan design untuk kempen advokasi NGO hak asasi manusia tempatan seperti SUARAM, Pusat KOMAS, Bersih 2.0, Bar Council dan Amnesty International Malaysia. 

Aku pernah kena tangkap polis sebanyak 5 kali pada tahun 2004, 2012, 2016 (dua kali) dan tahun ini (2021) kerana poster-poster grafik aku yang mengkritik dan melawan korupsi pemerintah. Pada tahun 2016 aku pernah didakwa di mahkamah dan dijatuhkan hukuman denda dan penjara kerana poster grafik aku yang mengkritik korupsi PM Najib Razak dalam skandal 1MDB. Tahun ni sahaja (2021) aku sudah dipanggil polis untuk disoalsiasat sebanyak 7 kali kerana karya grafik aku. Walaupun ditekan berkali-kali, aku terus komited untuk gabungkan seni grafik, aktivisme dan politik untuk bersama-sama gerakan rakyat untuk perubahan sosial.

Sejak tahun 2009, aku lebih aktif berkongsi poster-poster grafik aku tentang isu-isu semasa di media sosial hampir setiap hari. Kalau korang follow aku di Facebook, Twitter atau Instagram dan nak support aku untuk terus hasilkan dan kongsikan komentar politik berbentuk grafik aku di sana setiap hari, korang boleh sign-up untuk jadi patron aku di Patreon.

Terima kasih!
Fahmi Reza @kuasasiswa


By becoming a patron, you'll instantly unlock access to 701 exclusive posts
770
Images
3
Links
2
Livestreams
10
Polls
17
Writings
9
Videos
By becoming a patron, you'll instantly unlock access to 701 exclusive posts
770
Images
3
Links
2
Livestreams
10
Polls
17
Writings
9
Videos

Recent posts by Fahmi Reza

How it works

Get started in 2 minutes

Choose a membership
Sign up
Add a payment method
Get benefits